Real Personality

My photo
Chukai, Gannue, Malaysia
It's like having your own personal professor, studying exactly what it is that makes you tick." Jawatan aku....Manager.Tapi to be specified as Manager apa...aku pn tak tau. Gini ar aku rasa yg sesuai General Manager (GM) kot...ambil kira atas dasar bidang tugas aku. General Manager definition: "the term general manager refers to any executive who has overall responsibility for managing both the revenue and cost elements of a company's income statement. This is often referred to as Profit & Loss (P&L) responsibility. This means that a general manager usually oversees most or all of the firm's marketing and sales functions as well as the day-to-day operations of the business. Frequently, the general manager is also responsible for leading or coordinating the strategic planning functions of the company."..source http://en.wikipedia.org

Thursday, December 11, 2008

10 tips persahabatan sempurna

  1. Pilih kawan yang mempunyai minat yang sama dengan kamu. Berfikiran terbuka dan persamaan yang ketara membolehkan persahabatan yang dijalinkan menjadi lebih sempurna.


  2. Ingatlah! Jika kita berkelakuan baik terhadap orang lain sudah tentu orang juga akan membuat sedemikian terhadap kita. Begitu juga dengan menghormatinya. Lambat laun orang akan menghormati kita juga.
  3. sedarlah! tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini. Jadi tak perlulah meninggi diri atau mengharapkan sesuatu yang terlalu sempurna terhadap kawan kamu. Menerima segala kelemahannya merupakan satu sikap positif dalam mebina persahabatan.
  4. Hargailah setiap pendapat yang diutarakan. Biarpun kamu tidak bersetuju dengannya, tetapi cubalah menyembunyikan reaksi protes mu.
  5. Kawan baik bukan bererti 24 jam dia bersama kita. Kadang kala biarkan dia dengan dunianya sendiri.
  6. Jujurlah dalam kata-kata. Jangan berselindung sekiranya ada perkara yang kamu tidak beberapa suka dalam dirinya.
  7. Jangan Jejaskan hubungan persahabatan hanya kerana faktor luaran yang negatif. Bergaduh bersama teman lelaki tidak seharusnya dilemparkan kemarahan itu kepada sahabat yang selama ini banyak membantu mu.
  8. Saling tukar-tukar fikiran.
  9. Jangan sesekali kamu mengata dibelakangnya atau menjaja keburukan dia di depan orang lain. Jika dia mengetahui yang selama inikamu tidak jujur, pasti dia akan sedih.
  10. Berkata-katalah dengan semanis mungkin saat bersamanya.
petikan: Remaja June 2004

No comments: